Mrms85's Blog

Just another WordPress.com weblog

Sweet name May 25, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 2:05 am

nampaknya aku pun terpaksa curi dr fb gak suma mendalah ni..hahahaha…

M : Strong, undefeatable, strong minded.
O : Disciplined, Introspective, conservative.
H : Calm, materialistic, firm.
D : Hard working, steady, thoughtful.

R : Impulsive, separate, great strength.
O : Disciplined, Introspective, conservative.
H : Calm, materialistic, firm.
A : Creativity, initiative, ambitious.
S : Adjustable, friendly, confused.
B : Imaginative, co-operative, emotional.
U : Imaginative, selfless, fearing.
L : Logical, convincing, active.
L : Logical, convincing, active.
A : Creativity, initiative, ambitious.
H : Calm, materialistic, firm.

M Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik
o Suka menyendiri
h Mengutamakan kecerian dan kegembiraan dalam hidup
d Seorang yang gugup
R Kamu seorang yang kuat bekerja
o Suka menyendiri
h Mengutamakan kecerian dan kegembiraan dalam hidup
a Menggambarkan seorang yang bijak
s Berpendirian kukuh dan bersemangat
b Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mengutamakan material
u Seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu
l Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina
l Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina
a Menggambarkan seorang yang bijak
h Mengutamakan kecerian dan kegembiraan dalam hidup
 

video klip af8 May 24, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 12:40 am

Akhirnya apa yang di nantikan berakhir juga…meriah menyaksikan af8…merah menyala..walaupun tidak berpuas hati dgn keputusan tu…terima jerlaa..dah rezeki si shahir kan..hehehehe..tahniah laa untuk shahir sebab telah di nobatkan sebagai juara af untuk musim ke 8…hope he will success his career…ADIRA the best bagi aku tuk malam tu…sepatutnya dia yang menang..tp dah rezeki no 2..cayang adira..moga2 cepat kuar album ya..heheh…

shahir
http://www.youtube.com/v/PuAidu6CQW8&hl=en_US&fs=1&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

adira
http://www.youtube.com/v/ZxYy2-9TMP0&hl=en_US&fs=1&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

KU ADA KAMU – ADIRA AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

daus
http://www.youtube.com/v/qLqsi-Cm6kI&hl=en_US&fs=1&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

KENAPA – DAUS AF8

Tubuhku menggeletar… Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

maulana
http://www.youtube.com/v/hBekY__Jtds&hl=en_US&fs=1&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

RSVP – MAULANA AF8

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu (2 kali)

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran (2 kali)

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

iwan

http://www.youtube.com/v/86KYEVcbc-0&hl=en_US&fs=1&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

V.I.P – IWAN AF8

Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku

Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x

Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x

Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x

 

lawak PAGI NI May 21, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 1:36 am

SEJARAH NEGERI PANG

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

KENCING MASAM : VERSI KELANTAN

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu…
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk
mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda
juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa

” Pok cik ni sakit gapo?”
“Kecing manih. Lamo doh.”

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya
orang muda di sebelahnya,

“Tu bakpo pulok?”
“Kecemase”
“Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih.”

 

CINTA LUAR BIASA May 20, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 3:07 am

HIDUP MESTI ADA PERUBAHAN…
KITA MESTI BERANI UNTUK BERUBAH…
SERTA TERIMA SETIAP PERUBAHAN..
SAMADA BAIK ATAU PUN BURUK….

DALAM SEKELIP MATA SAHAJA…
SEDAR ATAU PUN TIDAK..
HATI NI AKAN JADI SEMALAM..
ESOK AKAN JADI HARI NI…
DAN SETERUSNYA….

MASA TETAP BERGANTI..
DAN KITA MENJADI SEMAKIN MATANG..
SEMALAM TETAP MENJADI INGATAN….

 

Kalaulah peluang tu masih ada… May 19, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 7:23 am
Hari tu kita gaduh..
Saya main-main..
Awak ingat betul-betul..
Tak tau nak buat macam mana lagi..
Lantak awak lah..

Semalam kita berselisih..
Saya buat dunno..
Awak pandang saya..
Saya buat dunno jugak..
Degilnyer saya..

Saya nampak awak..
Saya nak panggil..
Tapi awak tak toleh..
Sebab saya panggil awak dalam hati..
Bodohnya saya..

Awak tegur saya..
Saya buat dunno..
Tapi awak tak tahu happynya saya..
Saya dengar awak cerita..
Awak kata dah jatuh cinta..
Sedihnyer saya..

Awak keluar tengok wayang..
Saya pun..
Awak keluar dengan dia..
Saya tengok aje..

Awak call saya..
Mengacau betul..
Tgh tido lah..
Saya layankan aje..
Awak cakap awak dah putus..
Saya senyum sampai ke telinga..
Tapi awak tak nampak..
Saya cakap..
Kesiannya awak..
Hipokritnya saya..

Hari ni hari jadi saya..
Tapi awak luper..
Saya sedih..
Tapi takpe..
Awak bukannya sesiapa..

Awak mintak maaf..
Saya senyum aje..
Saya kata tak kisah..
Awak belanja tgk papadom…
Isk.. Tak romantik nyer..
Tapi best sgt2…

Saya dapat bunga..
Cantik..
Suker sgt..
Tapi tak tahu sape pengirimnya..
Awak nampak..
Awak terus balik..

Saya panggil awak..
Tapi awak tak toleh..
Saya cuma nak bgtahu..

Awak.!!!!! LORI!!!!!!!!!

Saya kejar awak..
Awak terus jalan..
Saya tolak awak..
Awak jatuh..

Saya nampak lori..
Betul-betul depan saya..
Kalau ia sempat..
Saya nak bagitahu..

Awak.. SAYA SAYANG AWAK…

 

pantun seloka… May 18, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 6:23 am

main baling2 kena pak dolah..
pak dolah mengamuk lari ke kedeai budin..
nama ku mohd rohasbullah..
dan bapak ku mohamad samsudin…

makan asam dengan buah delima..
petik delima blakang umah pak jang..
aku ni baru nak masuk dua puluh lima…
masih single serta bujang….

tiada kata seindah bahasa…
hanya hati mengenal budi
abul masih mencari cinta
siapa yang sudi sila laa kemari…

ada hati nak ngorat anak pak halim..
tp aku ni pemalu dinding besi…..
aku keje di tanjung malim…
berkhidmat di UPSI…

nasib baik tak jadi jaga..
hari hari kena berdiri..
pi keje naik lady gaga..
tak der lady gaga kena laa jalan kaki…

aku ni mmg suka memburu..
hari2 memburu rindu..
warna biru kesukaan aku…
sgt tak suka warna kelabu…

orang kata aku ni penyeri..
sebab dia tak kenal lagi..
aku ni berbintang gemini…
suka buat org geli hati..

sekanrang ni musim rambutan
tak sabar aku nak balik kampung..
aku asal dari kelantan..
bersekolah pula di pangkal kalong…

aku ni suka makan pizza..
makan bersama-sama kawan..
penyanyi pujaan ku siti nurhaliza…
takkan tak kenal diakan jelitawan…

dulu aku kurus kering..
sekarang pula makin santai..
aku tak suka makan jering..
tp aku laa hantu petai..

mencari dia dimana2..
mencari sampai kerumah pak su..
aku tak suka sgt air kelapa..
tp kesukaan aku honey dew susu…

berangan nak jadi superman..
tetapi tak reti terbang..
aku ska barangan TOPMAN
ujung bulan duit melayang…

kamu ajak aku mendaki..
baru melangkah dah jatuh parit..
walaupun aku ni lelaki..
tp aku pandai menjahit..(jahit sluar koyak jer)

kilat sambung menyambung…
nnti laa aku sambung…

dah takder idea..

 

karya

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 6:19 am


 

Aku menanti kan saat ni…

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 5:59 am

Pada pertengahan tahun 2003 aku pernah baca novel LAGENDA BUDAK SETAN..satu2 nya novel yang paling aku ska..aku dah baca novel ni 3 kali..sgt menyentuh hati nuriani aku…kisah percintaan yang sungguh romantis,dramatis ….
kini..2010 telah malahirkan satu filem yang di adaptasikan dari novel tersebut..SANGAT TERUJA.. untuk pergi menonton citer ni..SAPA NAK ITOT?? AKU BLANJA..hehehe

aku mengharapkan sesuatu yang sgt menarik dan tidak lari sgt dr cerita asal..LISA pasti dapat menghayati watak ayu dgn sempurna..tunggu n liaht sesama k..
 

kasih sayang….

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 1:57 am

tersentap seketika cuma bila aku habis membaca satu artikel di dalam satu blog yang agak menarik isi kandungan nya..love it.. ceritanya tentang mencari kasih sayang….

“apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Dan jangan juga kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap berlaku, tiada apa yang akan mengubah masa lalu. Apa yang kita mampu ialah berdoa agar apa yang telah berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah orang yang paling cantik dan paling baik, walaupun kalau nak di ikutkan banyak lagi yang cantik”

..love it..

betul apa yang telah di perkatankan oleh penulis tu..tiada yang lebih sempurna daripada org yang kita sayangi.. bersyukur dengan apa yang ada adalah satu perkara yang amat penting dalam menjaga sesebuah ikatan…ramai yang celik mata bila berjumpa ngn yang hensem mahupu yang cantik..tidakakah anda sedar bahawa org yang kita syaang tu lagi chantik dari segala2nya..sebab ianya di penuhi dgn kasih dan sayang yang kita curah ….

mmg kita tak boleh toleh ke bleakang lagi..sebab apa yang berlaku biarlah berlalu menjadikan kenangan yang terindah dalam hidup kita…ada juga kenangan yang akan berulang lagi..tp kita berhati-hati meniti hari sambil menanti sesuatu yang tak pasti…

perjalanan hidup kita masih panjang… hayatilah lagu kasih suci by amy mastura

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai

Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna
Oh oh oh…

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

kita sama2 laa pikirkan yang terbaik untuk diri kita…

sayangi diri anda….

 

kahwin…kawen..kahwim..kawen…

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 1:39 am


arghhhhhhhhh!!!!…..

aku masih muda tuk pikirin suma tu…tak perlu risau..kalau ada jodoh tu kawen jugak kan…cuti sekolah bakal bermula….bermula laa kad jemputan datang melambak2 kt opis..tk tau yang mana satu nak pi..ramai gila yang kawen.sabor jer laa..on my besday pun ada 2,3 kenduri..almaklumlaaa tarikh yang chantik..chatek ker?? huhuh…..

bila laa agaknya giliran aku tuk memberi kad jemputan pada org..asyik aku jer yang dapat kad…huhuhuh….

29 mei 2010 – majlis perkahwinan Ruzana n Nazri
5 jun 2010 – majlis pertunangan adik ku…roziman n dura
5 jun 2010 – majlis perkahwinan ismi zakini n ety rasziah
5 jun 2010 – majlis perkahwinan siti mariam n harry porter (lupa nama bakal suami)
6 jun 2010 – majlis perkahwinan azmi n husna
6 jun 2010 – majlis perkahwinan amran n azma
13 jun 2010 – majlis perkahwinan azli & bakal isteri…

ada lagi..tp lupa lak kadnya kt mana..stakat ni tu jer laa…beberapa majlis jer aku dapat hadir..sorry kawan2..hantar hadiah jer laa ek..nk memenuhi semua jemputan tak larat den..jauh2 sumo tempat nyaaa….

pantang ada cuti sekolah..mest iada yang nak kawen..fobia kejap..huhuhu…