Mrms85's Blog

Just another WordPress.com weblog

Selamat Ulang Tahun Sayang December 22, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 12:55 am



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu 

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Rahsia Bulan Kelahiran – Kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik


p/s: semoga panjang umur..murah rezeki..muahhh…kanda sayang dinda…

Image Hosted by ImageShack.us
 

reView : 2010 December 21, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 7:16 am

lagi 10 hari nak menjelang 2011… macam2 dah berlaku tuk tahun 2010..ada keangan yang manis, pahit…kelat, masin, masam…..suma cukup lengkap yaaa… di kesempatan ni aku try tuk review blk apa yang telah berlaku sepanjang 2010….

JANUARI 2010

Permulaan tahun yang agak menarik..aku, own dan rikzan pindah ke rumah baru ..iaitu di taman PAIK siong , Hulu Bernam …SELANGOR…..

9 dan 10 Januari 2010
first trip tuk tahun 2010..pi ke MELAKA..negeri bersejarah…

wahh rindunya nk pi trip2 cam ni lagi…bila laa leh buat lagi..


16 Januari 2010..
genap setahun aku bekerja di UPSI…wah.. cam tak caya jer ka..huhuhu…Tahniah hasbul..sebab berjaya bertahan tuk setahun..biasanya 2,3 bulan mesti tukar koje..huhuh…UPSI di hati ku..hehehe…


FEBRUARI 2010

27 Februari 2010
bulan dua ni tak der apa yang berlaku sgt…ermmm just pi ker PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS KONSTABEL SIRI 2/2009


Sekarang ni adikku telah bertugas dan menabur jasa di bumi perlis..di padang besar..aku pernah pi sekali jer ke sana..huhuhu…

MAC 2010

bermula laa edisi pergi kenduri kawen kawan2..start bulan 3 ni laaaa..tiap2 bulan rasanya aku pergi kenduri kawen..huhuhu…aku bila nak kawen entah laa..huhuh..jodoh tu akan datang bila kita betul2 bersedia.. terima seadanya..redha jer laaaa..

27 Mac 2010..
Majlis Perkahwinan Ekin N Khairul…bertempat di batu pahat…sudah lama aku tk menjejakkan kaki ke batu pahat..sejak 2008… 2 tahun laaa..huhuh banyak perubahan yang berlaku di batu pahat ni..rindunya kenangan2 di batu pahat..kawan2..kak seri n anak2..sarul, adi..tukang2 gunting ku..huhuh….tahniah tuk mereka…pada 3 disember 2010 mereka telah pun mendapat cahaya mata.. PUTRA…@ lelaki..berat 3.7 kg..murah rezeki depa..huhuhu..hope ekin n kerul sentiasa bahagia ke akhir hayat…

APRIL 2010

1 st time menjejakkan kaki ke I-city shah alam..mula2 sampai kt sana teruja yang amatz..huhuh…segenap sudut aku bergambar..masa tu aku pi ngn serol..senior aku masa kt smkpk ..tp dia cakap aku ngn dia sedara..betul laa kot..huhuh…berbalik pada citer I-city… not bad laa tempat nyaa… tuk org berdating tu sesuai kot..suasana romantik gittew…aku n serol datang ni sekadar tuk servey jer..mana tau kot2 nnti nk dtg dating..huhuh…


10 aPRIL 2010
pERTANDINGAN BOWLING ANTARA ptj…AKU telah wakilkan BSM..huhuh..kalah..tp tak laa teruk sgt..hehehe… ni laa team aku… bersama own n rif..
27 April 2010
aku menghadiri kursus @ bengkel HRMIS tuk kali pertama bagi tahun 2010 dan kali kedua sepanjang aku keje kt UPSI.. kursus atau bengkel ni bertempat di hotel plaza kl… modul yang terlibat adalah data perjawatan n profil perkhidmatan…


MEI 2010

1 mEI 2010…
sALma n che wan kawen… sorang lagi opis mate aku atau lebih dikenali seunit ngn aku ni mengakhiri zaman bujang nya…aku pergi kedua2 belah umah ya..gegeh sgt.. neway tahniah tuk mereka..skang ni pn salma kita ni dah pun mengandung..tunggu kelahiran pada bulan februari…sunyi laa opis aku tuk tahun 2011…

BERSAMBUNG………

Image Hosted by ImageShack.us

 

ALEA N AMRI’S WEDDING December 20, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 4:00 am










































LOTS OF LOVE,
Image Hosted by ImageShack.us
 

LOST WORLD OF TAMBUN

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 3:59 am


HELLO…Image Hosted by ImageShack.us

 

Korean Drama : Still Marry Me December 16, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 7:51 am

watak2 dalam citer ni :




Satu lagi drama Korea yang menyebabkan aku terjerat dirumah.. dan ianya menghibur para penggemar kisah drama Korea .

Sinopsis Still Marry Me bercerita tentang kisah cinta pasangan yang berbeza usia. Drama ini dibintangi oleh idola remaja skang ni, Kim Bum dan artis cantik korea Park Jin Hee. Cerita still marry me berkisah tentang tiga orang wanita berusia 30an iaitu Lee Shin Young, Jeong Da-jeong, Kim Bu-gi. cerita tidak lepas dari watak utama iaitu Lee Shin Young (Park Jin Hee) yang ingin mengakhiri masa bujangnya, dia telah meraih segalanya kecuali sebuah pernikahan.

Di usianya yang telah menjangkau 34 tahun, Lee Shin Young bertemu dengan Ha Min-Jae (Kim Bum), seorang mahasiswa sebuah univesiti terkenal yang berbakat di bidang seni. Ha Min-Jae adalah lelaki yang tampan dan menarik hati setiap gadis.

Lee Shin Young dan Ha Min-Jae saling jatuh hati dan kemudian mereka berkapel. Dengan adanya perbezaan usia tentu menimbulkan masalah. lebih2 lagi ibu Ha Min-Jae sangat tidak menyetujui jika anaknya bercintooo dengan wanita yang lebih tua.


Cerita semakin menarik ketika ibu Ha Min-Jae jatuh hati kepada Yoon Sang Woo yang tidak lain adalah bekas kekasih Lee Shin Young. slamat tgk suma yaaaa….

lots of love,
Image Hosted by ImageShack.us
 

Malay Movie : Hantu Kak Limah Balik Rumah December 15, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 4:37 am

kelakau gila citer ni…korang mesti pi tgk…aku cam nak pi tgk lagi laaa citer ni..tk puas rasanyaaa..huhuhu…sapa nak teman aku ek??
lots of love,
Image Hosted by ImageShack.us
 

PHOTO ALBUM : Photoshoot at TV3 n TUGU Negara December 14, 2010

Filed under: Uncategorized — mrms85 @ 4:17 am






















Image Hosted by ImageShack.us